Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember ini

Xiaomi 13 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember ini 1

Xiaomi 13 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember ini 2

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu Xiaomi 13 Series akan berlangsung pada 1 Disember ini.

Xiaomi 13 Series akan dilancarkan di China terlebih dahulu dan pelancaran telefon pintar ini akan turut menjadi pentas pelancaran generasi terbaru MIUI iaitu MIUI 14.

Selain itu, Xiaomi 13 Series akan terdiri daripada dua model iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro yang mana kedua-dua model ini akan mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68 serta dijana dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2.

Dalam pada itu, Xiaomi juga dijangka akan melancarkan beberapa peranti AIoT pada pelancaran Xiaomi 13 Series ini seperti Xiaomi Watch S2, Xiaomi Buds 4, router Wi-Fi, projektor dan banyak lagi.

Lebih penting, Xiaomi 13 Series dijangka akan memasuki pasaran global pada awal tahun 2023.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.