Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple menghadapi kekurangan bekalan iPhone 14 Pro series sebanyak 6 juta unit

Menurut laporan Bloomberg , pengkuatkuasaan kawalan perintah pergerakan di Zhengzhou, China akan mengakibatkan Apple menghadapi kekurangan stok sebanyak 6 juta unit iPhone 14 Pro Series.

Kilang Foxcoon yang merupakan kilang pengeluaran utama iPhone 14 Pro Series yang terletak di Zengzhou  kini beroperasi pada kapasiti yang dihadkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Apple sebelum ini juga telah membuat kenyataan rasmi mengenai masalah kekurangan stok iPhone 14 Pro Series dan syarikat ini juga telah mengurangkan pengeluaran iPhone 14 dan iPhone 14 Plus sebanyak 3 juta unit kerana permintaan yang kurang bagi model ini.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat akan bila pengeluaran iPhone 14 Pro Series mampu memenuhi permintaan pasaran.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.