Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile tawar penggunaan 5G tanpa had percuma pada hujung minggu kepada pelanggan pelan prabayar U35 dan U40

Sempena meraikan pelancaran komersial 5G, U Mobile memperkenalkan penggunaan 5G tanpa had percuma (pada hujung minggu) untuk pelanggan prabayar Prepaid U35 dan pelan Prepaid U40 yang baru dilancarkan.

Ini membolehkan pelanggan Prepaid U35 dan Prepaid U40 menikmati data berkelajuan tinggi 5G atau 4G tanpa had pada setiap hujung minggu, bermula dari tengah malam setiap Sabtu, sehingga pada 11.59 malam setiap Ahad.

Untuk membolehkan pelanggan menikmati kelajuan tanpa had 5G, pelanggan mesti berada dalam kawasan liputan rangkaian 5G dengan peranti yang menyokong 5G.

Bagi pelanggan yang tidak berada dalam kawasan rangkaian 5G atau tidak memiliki peranti yang serasi, mereka masih boleh menikmati kelajuan data tanpa had pada rangkaian 4G U Mobile.

Untuk mengalami rangkaian 5G tanpa had secara percuma pada hujung minggu, pelanggan hanya perlu menebusnya setiap minggu melalui aplikasi MyUMobile.

Selain Prepaid U35, pelan Prepaid U40 yang baru dilancarkan pada harga RM40 sebulan bukan hanya menawarkan pelanggan data dan panggilan tanpa had, ia juga menyediakan hotspot tanpa had supaya pelanggan boleh berkongsi data mereka merentas berbilang peranti.

Pelanggan  pelan prabayar U Mobile terpilih (seperti U25, U35 dan banyak lagi) juga boleh membeli hotspot tanpa had sebagai tambahan pada RM5 selama 30 hari.

Selain hotspot tanpa had, pelanggan prabayar yang berminat untuk mengalami kelajuan tinggi tanpa had 5G juga kini boleh membeli pelan harian atau mingguan 5G yang bermula dari hanya RM3 sehari.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.