Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Jabra Engage 55 – set kepala profesional dengan komunikasi DECT yang lebih selamat

Pengenalan

Jabra merupakan jenama terkemuka dunia dalam bidang penyelesaian audio, video, dan  kolaborasi yang direka untuk memperkasakan pengguna dan perniagaan.

Baru-baru ini Jabra Malaysia telah memperkenalkan set kepala profesional Jabra Engage 55 yang direka khas untuk meningkatkan komunikasi terutamanya bagi para eksekutif yang mengendalikan data yang sangat sensitif seperti pedagang, penasihat kewangan, peguam, pengurus korporat dan kakitangan pusat hubungan.

Jabra Engage 55 set juga tampil dengan ciri keselamatan DECT tertinggi dengan penyulitan 256-bit gred tentera dan teknologi pembatalan hingar.

Seterusnya, pelancaran Jabra Engage 55 juga dilihat amat tepat dengan trend semasa yang mana syarikat disarankan untuk mengamalkan budaya pekerjaan hibrid yang membolehkan mereka berkerja dari rumah mahupun di pejabat.

Sebelum mengulas lebih mendalam tentang set kepala profesional ini, berikut adalah maklumat harga Jabra Engage 55 yang kini telah mula ditawarkan di Malaysia  melalui penjual sah Jabra.

Jabra Engage 55 MS/UC Stereo USB-A atau USB-C (RM1,840)

Jabra Engage 55 MS/UC Stereo USB-A atau USB-C dengan dudukan pengecasan (RM2,130)  

Jabra Engage 55 MS/UC Mono USB-A atau USB-C (RM1,720)Jabra Engage 55 MS/UC Mono USB-A atau USB-C dengan dudukan pengecasan RM 2,010)

Jabra Engage 55 MS/UC Convertible USB-A atau USB-C (RM1,720)

Jabra mendakwa serangan siber telah menyaksikan peningkatan 600% sejak pandemik dengan Kos purata pelanggaran data juga telah meningkat sebanyak 2.6% daripada USD4.24 juta pada tahun 2021 kepada USD4.35 juta pada tahun 2022.

Jenayah siber disebabkan insiden mencuri dengar dan pelanggaran data telah meningkatkan kepentingan melindungi perbincangan pelanggan, yang selalunya melibatkan maklumat sensitif.

Reka Bentuk 

Jabra Engage 55 tampil didalam rekaan yang agak ringan dan tidak terlalu memberikan tekanan kepada telinga ketika pemakaian.

Ianya menyokong tiga gaya pemakaian iaitu stereo, mono dan model boleh tukar mengikut keselesaan anda.

Selain itu, Jabra Engage 55 ini diperbuat daripada bahan yang sangat ringan dan direka untuk meminimumkan daya pengapit dan pembentukan haba untuk memberikan anda keselesaan maksimum walaupun dipakai sepanjang hari.

Lebih-lebih lagi, Jabra Engage 55 juga memiliki rekaan earcup yang fleksibel dan bebas bergerak namun menawarkan keselesan dan kedap bunyi yang baik.

Seterusnya, Jabra Engage 55 ini juga tampil dengan pad pengecasan untuk proses pengecasan yang lebih mudah dan ianya menjanjikan sehingga 13 jam waktu penggunaan pada mod stereo dan mono manakala mod covertible pun menjanjikan sehingga 9 jam penggunaan.

Walubagaimanapun, anda masih boleh terus menggunakan set kepala ini dengan menyambungkan kabel pengecasan jika kapasiti bateri berada pada tahap yang rendah ketika didalam mesyuarat yang panjang.

Pengecasan boleh dilakukan melalui pad pengecasan atau melalui kabel USB yang disertakan namun ianya adalah jenis USB-C ke microUSB yang bermaksud anda tidak boleh mengecas set kepala ini menggunakan kabel USB-C yang lebih popular dan digunakan secara meluas.

Jarak penggunaan yang lebih luas

Jabra Engage 55 menawarkan jarak sambungan sehingga sehingga 150m atau 490kaki iaitu 15 kali ganda lebih jauh berbanding  dari mana-mana peranti Bluetooth Kelas 2.

Ini bermaksud memakai set kepala tidak bermaksud anda perlu duduk dihadapan meja anda sahaja, anda boleh bergerak bebas didalam kawasan pejabat ataupun dirumah dan jika anda bekerja di pejabat yang padat, ciri wayarles DECT direka untuk menahan kepadatan sejumlah besar orang yang bekerja di tempat yang sama, yang memastikan anda akan sentiasa menikmati sambungan yang jelas, teguh dan selamat sepanjang perbualan anda.

Sambungan antara penyesuai wayarles dan set kepala diperakui dengan Keselamatan DECT tertinggi – Tahap C – menjadikannya sangat selamat. Ia juga mempunyai algoritma penyulitan 256-bit gred tentera FIPS tambahan untuk mencegah mencuri dengar perbualan dengan berkesan.

Selain itu, Jabra Engage 55 juga dilengkapi dengan dongle 400 USB DECT dengan reka bentuk “puck” yang tahan lama, mudah alih dan padat berbanding dengan reka bentuk “stick” biasa.

Anda hanya perlu masukkan dongle ini pada komputer anda untuk proses pairing yang pantas dan ini juga bermaksud bahawa Jabra Engage 55 hanya boleh digunakan bersama komputer riba yang menyekat sedikit limitasi kegunaan bagi yang mahu menggunakanya bersama peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet.

Walaubagaimana, jika anda sedang mencari set kepala tanpa wayar profesional yang memberikan anda jarak penggunaan tanpa wayar yang panjang untuk  digunakan dengan aplikasi berasaskan komputer, maka ini mungkin set kepala  anda yang perlukan kerana ia sesuai untuk kegunaan itu.

Tontoni video ujian jarak Jabra Engage 55 di bawah :

Kawalan Headset

Jabra Engage 55 membolehkan anda menurunkan atau meningkatkan kelantangan bunyi terus pada set kepala dan ianya juga termasuk kawalan seperti mute/unmute mikrofon, menjawab/menamatkan panggilan pada aplikasi yang terpilih.

Selain itu, Jabra Engage 55 juga mempunyai lampu indikasi (Busylight) pada earcup dan boom-arm yang berfungsi untuk memberikan rakan-rakan anda petunjuk bahawa anda sedang didalam panggilan dan tidak boleh diganggu yang mana ini sudah pastinya membantu meningkatkan produktiviti pekerja.

Keselesaan Penggunaan

Jabra Engage 55 menawarkan keselesaan yang terbaik kerana ianya diperbuat daripada bahan yang ringan dengan mengutamakan keselesaan pemakai.

Selain itu, saiz headband yang boleh dilaras juga memastikan anda tidak merasakan sesuatu yang mengepit kepala anda dan ini memberikan anda kebolehan untuk memakainya untuk tempoh yang lama ketika berkerja.

Jika kerjaya anda memerlukan anda meluangkan masa yang panjang didalam panggilan, Jabra Engage 55 adalah set kepala yang diperlukan oleh syarikat anda.

Kualiti Bunyi

Sebagai antara jenama audio terbaik dipasaran, kualiti audio yang ditawarkan oleh Jabra Engage 55 adalah yang terbaik dan ianya menawarkan anda output bunyi yang sangat jelas, terang dan kuat yang merupakan inpati penting bagi panggilan profesional.

Selain itu, Jabra Engage 55 juga ternyata mampu menyingkirkan bunyi bising persekitaran dengan efektif untuk memastikan anda sentiasa menikmati kualiti panggilan dan audio yang terbaik.

Selain itu, Jabra Engage 55 didalam dua versi iaitu MS Teams dan Unified Communication yang berfungsi dengan semua platform Komunikasi Bersepadu dan Aplikasi perhubungan terkemuka seperti MS Teams, Zoom, Cisco, Unify, Amazon Chime, Google Meet, Avaya, Unify, Alcatel Lucent.

Penutup

Jabra Engage 55 terbukti sebagai sebuah set kepala profesional yang sangat menepati keperluaan senario pekerjaan semasa yang tidak menentu sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Selain itu, kebolehan Jabra Engage 55 yang menawarkan sehingga 15 kali ganda jarak penggunaan tanpa wayar sudah pastinya sesuatu yang dimahukan oleh perniagaan yang mahu memastikan produktiviti pekerja adalah sentiasa tinggi.

Jika ianya memenuhi keperluan perniagaan atau syarikat anda, Jabra Engage 55 adalah set kepala profesional yang perlu anda dapatkan.

Jabra Engage 55 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,720.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.