Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series akan gunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang lebih berkuasa

Cipset flagship yang akan digunakan pada kebanyakkan telefon pintar flagship Android pada tahun 2023 iaitu Snapdragon 8 Gen 2 telah dilancarkan baru-baru ini dan Samsung dikatakan antara syarikat yang akan menggunakanya pada Samsung Galaxy S23 Series.

Walaubagaimanapun, Samsung Galaxy S23 Series dilihat akan tampil dengan cipset yang mempunyai kelajuan CPU dan GPU yang lebih tinggi berbanding versi Snapdragon 8 Gen 2 yang diumumkan.

Cipset yang akan digunakan oleh Samsung adalah yang mempunyai kelajuan CPU 3.36GHz berbanding  3.2GHz manakala kelajuan GPU adalah 719MHz berbanding 680MHz pada versi biasa.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat samada versi yang akan digunakan oleh Samsung ini akan diberi nama lain atau dikenali sebagai Snapdragon 8+ Gen 1.

Untuk rekod, cip Snapdragon 8 Gen 2 menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 38% manakala prestasi GPU pula adalah 25% lebih baik berbanding Snapdragon 8 Gen 1.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.