Honor 80 Series akan dilancarkan pada 23 November ini
Honor sebelum ini telah mengesahkan pelancaran telefon pintar terbaru syarikat ini iaitu Honor Magic Vs akan dilancarkan pada 23 November ini dan ianya kini telah disahkan akan turut disertai Honor 80 Series.
Honor 80 Series kelihatan akan tampil dengan tetapan dua kamera selfie yang membolehkanya menawarkan ciri animasi Dynamic Island seperti pada iPhone 14 Series.
Selain itu, Honor 80 Series akan tampil dengan rekaan dual-ring yang sinonim dengan jenama ini dan ianya akan turut mempunyai ukiran nombor 8 pada sekeliling sisi modul kamera.
Dalam pada itu, Honor dijangka akan memperkenalkan tiga model Honor 80 Series iaitu Honor 80 dengan cip Dimensity 1080, Honor 80 Pro dengan cip Snapdragon 778G dan Honor 80 Pro+ yang akan menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan sensor utama 160MP serta dua sensor selfie 50MP
Honor 80 Series dijangka akan memasuki pasaran antarabangsa selepas pelancaran di China.