Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 10 5G telah dilancarkan dengan cip Dimensity 700 dan skrin FHD+ 90Hz

realme 10 4G telah dilancarkan untuk pasaran global beberapa hari lalu dan selepas itu realme 10 5G juga telah dilancarkan namun hanya untuk pasaran China buat masa sekarang.

realme 10 5G tampil dengan skrin paparan LCD berukuran 6.6.inci yang memiliki resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, realme 10 5G dijana cip MediaTek Dimensity 600,  8GB  RAM dan storan dalaman 128GB atau atau 256GB. realme 10 5G juga memiliki ciri Virtual RAM dan sistem operasi realme UI 3.0

Beralih ke kamera, realme 10 5G memiliki sensor utama 50MP , sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah 8MP.

Dalam pada itu, realme 10 5G memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W yang mampu memberikan pengecasan penuh didalam masa 70 minit dan butang kuasa yang mempunyai sensor capjari.

realme 10 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu pada harga dari CNY 1,299 (RM 845).

Selain itu, realme turut menjadualkan satu lagi pelancaran di China pada 17 November ini dan ianya akan menyaksikan pelancaran realme 10 Pro dan realme 10 Pro+.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.