Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic Vs akan dilancarkan pada 23 November ini – mungkin ke pasaran Malaysia

Honor secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar foldable kedua syarikat ini iaitu Honor Magic Vs akan dilancarkan pada 23 November ini.

Honor Magic Vs akan dilancarkan di China terlebih dahulu namun telefon pintar ini dilihat akan memasuki pasaran global tidak lama lagi.

Selain itu, Honor Magic Vs adalah model susulan kepada Honor Magic V yang dilancarkan awal tahun ini yang telah membantu syarikat ini menguasai 7% pasaran telefon boleh lipat China bagi suku ketiga 2022.

Walaubagaimanapun, pelancaran global Honor Magic Vs dijangka akan menjadi sesuatu yang dinanti oleh peminat Honor diseluruh dunia termasuk di Malaysia.

Untuk berita terkini HONOR Magic Vs dan peranti-peranti lain sila layari www.hihonor.com/my atau ikuti Facebook HONOR Malaysia!

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.