Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi kekal dahului pasaran telefon pintar Malaysia – Apple di tempat ke-5

Xiaomi telah berjaya mengekalkan kedudukan syarikat telefon pintar No.1 di Malaysia buat kali kedua berturut-turut.

Laporan terbaru Canalys mendedahkan bahawa Xiaomi kekal di tangga pertama pasaran telefon pintar Malaysia dengan 25% disusuli oleh Samsung juga dengan 25% pegangan pasaran.

Selain Xiaomi dan Samsung, OPPO kini berada ditempa ketiga dengan 15% disusuli oleh vivo dengan 13% pegangan pasaran manakala Apple kini kembali tampil sebagai 5 syarikat terbaik di Malaysia dengan 6% pegangan pasaran.

Xiaomi baru-baru ini telah memperkenalkan Xiaomi 12T Series yang menampilkan telefon pintar 200MP pertama di Malaysia.

Bagi peringkat global pula, Samsung masih kekal ditempat pertama dengan 22%, diikuti oleh Apple dengan 18% dan Xiaomi ditempat ketiga dengan 14% pegangan pasaran global.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.