Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find X6 Pro dilaporkan akan menggunakan sensor utama 1.0-inci

OPPO Find X6 Pro yang akan dilancarkan tahun hadapan dilaporkan akan tampil dengan sensor utama 1″ seperti yang didedahkan oleh Digital Chat Station sebelum ini.

Maklumat ini kini disahkan pula oleh satu lagi tipster terkemuka iaitu Ice Universe yang mendakwa OPPO akan menggunakan sensor 1″ Sony IMX989 pada OPPO Find X6 Pro.

Selain itu, laporan awal Digital Chat Station juga mendakwa bahwa OPPO Find X6 Pro akan memiliki tiga sensor 50MP iaitu sensor utama, sensor ultrawide dan sensor telefoto.

Dalam pada itu, OPPO Find X6 pula akan menggunakan sensor 50MP pada sensor utama dan sensor ultrawide manakala sensor telefoto adalah unit 32MP.

Penggunaan sensor 1″ pada telefon pintar bukan sesuatu yang baharu dan peranti  terbaru untuk hadir dengan sensor seperti ini adalah Xiaomi 12S Ultra.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.