Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ASUS Vivobook 16X (M1603) dengan cip AMD Ryzen 5 5600H kini di Malaysia pada harga RM 2,999

Asus  telah mengumumkan bahawa komputer riba ASUS Vivobook 16X (M1603) kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,999.

ASUS Vivobook 16X (M1603) tampil dengan skrin paparan LCD berukuran 16-inci dengan resolusi FHD+ (1920 x 1200) dan kecerahan maksima 300 nits.

Selain itu, komputer riba Asus Vivobook 16X (M1603) ini hadir dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 5 5600H, 8GB DDR4 RAM dengan slot SO-DIMM dan storan dalaman SSD 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0.

Selain itu, Asus Vivobook 16X (M1603) juga memiliki bateri 50WHr dengan pengecasan 90W,  sensor capjari pada touchpad , port USB-C 3.2 Gen 1, dua port USB 3.2 Gen 1 Jenis-A, port USB 2.0, output HDMI dan bicu audio.

Asus Vivobook 16X (M1603) kini ditawarkan didalam dua warna iaitu Blue dan Transparent Silver pada harga RM 2,999.

maklumat lanjut di Asus Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.