Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia tawar rebat bernilai sehingga RM 800 bagi pembelian produk terpilih

HONOR Malaysia mengadakan Jualan Kembali Ke Sekolah HONOR  yang menawarkan produk-produk terpilih Honor dengan rebat bagi pembelian mulai hari ini sehingga 30 November 2022.

Tawaran paling menarik adalah rebat bernilai RM 300 bagi pembelian Honor Magic4 Pro yang mempunyai harga jualan RM 3,999 dan ini bermaksud anda boleh mendapatkanya pada harga RM 3,699 sahaja.

Selain itu, komputer riba HONOR MagicBook 14 AMD yang ditawarkan didalam dua versi iaitu  versi 16+512GB dan 8+256GB pula akan diberikan rebat segera sebanyak RM800 yang menjadikan harga jualan promosi adalah masing-masing RM 2,499 dan RM 1,899 sahaja. 

Tidak setakat memberikan rebat, Honor juga akan menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM 777 dengan pembelian komputer riba MagicBook 14 AMD ini.

Dapatkan tawaran terbaik ini hanya di Jualan Kembali Ke Sekolah HONOR yang berlangsung sehingga 30 November 2022.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.