Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A77s dengan skrin 90Hz dan cip Snapdragon 680 kini rasmi di Malaysia – RM 999 sahaja

OPPO Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa OPPO A77s akan ditawarkan di pasaran tempatan mulai 8 Oktober ini pada harga RM 999.

OPPO A77s tampil didalam reka bentuk yang premium dengan dua pilihan warna menarik iaitu Sky Blue dan Starry Black.

Terus ke spesifikasi, OPPO A77s memiliki skrin paparan LCD berukuran 6.56-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, OPPO A77s tampil dengan cip 6nm Snapdragon 680, 8GB RAM, sehingga 5GB RAM Expansion, storan dalaman 128GB dan ColorOS 12.1

Beralih kepada kamera, OPPO A77s juga memiliki sensor utama 50MP bersama sensor monokrom 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Seterusnya, OPPO A77s memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W, pembesar suara ultra linear, slot microSD yang menyokong sehingga 1TB storan dan sensor capjari pada butang kuasa.

OPPO A77s akan mula ditawarkan di Malaysia pada 8 Oktober ini dengan harga RM 999 dan setiap pembelian juga akan menerima kit kecantikkan Y.O.U bernilai RM 99 secara percuma.

OPPO A77s boleh dibeli di semua My OPPO Space, stor rasmi OPPO, stor dalam talian rasmi OPPO, pengedar sah rasmi OPPO dan rakan kongsi E-comm seperti Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.