Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 14 Plus kini ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia – dari RM 4,199

Seperti diumumkan pada pelancaran bulan lalu, Apple iPhone 14 Plus kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia.

Apple iPhone 14 Plus tampil dengan skrin paparan Retina XDR berukuran 6.7-inci yang menawarkan kecerahan sehingga 1200 nits dan HDR.

Cip Apple A15 Bionic ini adalah cip yang mempunyai 5 teras GPU dan ianya menawarkan 18% peningkatan prestasi grafik berbanding iPhone 13.

Beralih kepada kamera, Apple iPhone 14 Plus tampil sensor utama 12MP yang lebih besar dan membenarkan sehingga 49% lebih cahaya berbanding sensor 12MP pada iPhone 13 dan ianya juga tampil dengan Photonic Engine yang menjanjikan 2x gambar low-light yang lebih baik pada sensor selfie dan sensor ultrawide serta 2.5x lebih baik pada sensor utama.

Selain itu, Apple juga menyertakan pemfokusan auto pada kamera selfie 12MP yang lebih baik dan terdapat pengstabilan Action Mode yang menyingkirkan keperluan gimbal untuk rakaman yang lebih stabil dan dengan Dolby Vision HDR pada kadar maksima 4K 60fps.

Satu lagi ciri yang mencuri tumpuan adalah sistem komunikasi satelite yang boleh digunakan semasa kecemasan sahaja dan ianya hanya boleh menghantar teks dan menghantar lokasi ke rakan anda melalui aplikasi Find My.

Ciri komunikasi satelite ini akan ditawarkan secara percuma untuk tempoh dua tahun dan ianya akan ditawarkan di Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu.

Satu lagi ciri keselamatan yang diperkenalkan adalah pengesanan kemalangan yang akan menghantar isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa dan ianya mampu mengesan impak sehingga 256G.

Berikut adalah harga Apple iPhone 14 Plus di Malaysia

Apple iPhone 14 Plus128GB – RM 4,699

Apple iPhone 14 Plus 256GB – RM 5,199

Apple iPhone 14 Plus 512GB – RM 6,199

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.