Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

FlexCam memberikan dimensi baharu didalam fotografi pada Samsung Galaxy Z Flip4

Telefon pintar dengan skrin lipat adalah satu kategori peranti baharu yang dipelopori oleh Samsung secara meluas melalui Samsung Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4.

Bagi meningkatkan pengalaman unik pada telefon pintar seperti Samsung Galaxy Z Flip4 ini, Samsung telah memperkenalkan ciri Flex yang mengambil kesempatan penuh akan potensi telefon pintar ini yang boleh dilipat.

Dua ciri menarik tersebut adalah FlexCam dan Flex Mode yang memberikan pengguna ciri unik untuk menunjukkan kreativiti, berkerja ataupun berhibur dengan Samsung Galaxy Z Flip4.

FlexCam

FlexCam adalah ciri kamera didalam Flex Mode yang mana ianya menyokong pengambilan gambar pada sudut antara 75° hingga 115° yang memberikan anda kemungkinan fotografi yang lebih kreatif pada sudut yang mustahil dengan telefon pintar konvesional lain dipasaran.

Antara sudut penggambaran yang boleh dilakukan dengan FlexCam adalah dari kawasan permukaan bawah, gambar sudut tinggi dengan melipat Galaxy Z Flip4, gambar selfie menggunakan sensor utama yang lengkap dengan viewfinder dan banyak lagi.

Selain itu, FlexCam juga membolehkan anda merakam video durasi pendek menggunakan aplikasi sosial media seperti Instagram dan SnapChat.

Apabila anda membuka aplikasi pihak ketiga , hanya melipat peranti ke sudut yang dikehendaki untuk merakam dengan pratonton di bahagian atas dan kawalan di bahagian bawah skrin Samsung Galaxy Z Flip4.

Satu lagi kegunaan FlexCam adalah ketika membuat panggilan video dimana anda boleh mengakses tetapan pada bahagian panel bawah dan menyertai panggilan video tanpa perlu memegang peranti. Antara aplikasi yang menyokong fungsi ini adalah Google Meet.

Flex mode

Ciri ini akan di gunapakai apabila skrin dilipat separuh yang akan menjadikan aplikasi yang dibuka disesuaikan mengikut lipatan ini.

Sebagai contoh perisian yang telah disesuaikan untuk Flex mode adalah aplikasi YouTube dimana video akan dimainkan pada bahagian atas skrin manakala panel bawah akan memberikan maklumat video dan banyak lagi.

Ini membolehkan anda melayan video di YouTube tanpa perlu memegang peranti pada tangan.

Aplikasi lain yang menyokong Flex mode panel boleh dilihat pada bahagian Advanced Features > Labs.

Flex mode pada Samsung Galaxy Z Flip4 membuka pelbagai kemungkinan baharu dan ciri ini sudah pastinya akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Samsung Galaxy Z Flip4 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,099.

Untuk mengetahui kelebihan Samsung Galaxy Z Flip4, anda boleh membaca ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 Pro – TWS premium dengan rekaan lebih ergonomik

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.