Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Watch Series 8 dan Apple Watch SE boleh pra-tempah di Malaysia pada 7 Oktober ini

Jam pintar terbaru Apple iaitu Apple Watch Series 8 akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 7 Oktober ini bersama generasi baharu Apple Watch SE.

Apple Watch Series 8 menampilkan beberapa ciri baharu seperti cip Apple S8, sensor suhu kulit dan sensor pengesanan kemalangan yang akan mengesan kemalangan dengan beberapa sensor baharu dan memaklumkan kemalangan ini kepada pasukan kecemasan dan kenalan rapat anda.

Selain itu, Apple Watch Series 8 masih menawarkan sehingga 18 jam jangka hayat bateri dan kini terdapat Low power mode yang meningkatkan jangka hayat bateri sehingga 36 jam.

Apple Watch Series 8 akan ditawarkan  didalam 4 warna iaitu Lunar, Astronomy, Metropolitan, dan Modular dengan harga dari RM 1,899.

Berikut adalah harga Apple Watch Series 8 di Malaysia

Apple Watch Series 8 41mm GPS – RM 1,899

Apple Watch Series 8 45mm GPS – RM 1,999

Apple Watch Series 8 41mm GPS + Selular- RM 2,299

Apple Watch Series 8 45mm GPS + Selular- RM 2,399

Apple Watch Series 8 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia mulai 15 Oktober ini.

Apple Watch SE

Apple Watch SE menampilkan cip Apple S8 seperti pada Watch Series 8 namun tiada sensor suhu kulit dan ianya diperbuat daripada rangka aluminium yang dikitar semula dengan panel belakang plastik.

Apple Watch SE juga memiliki ciri pengesanan kemalangan sama seperti Watch Series 8 dan paparan jam pintar ini adalah 30% lebih besar berbanding Apple Watch Series 3.

Berikut adalah harga Apple Watch SE di Malaysia:

Apple Watch  SE 40mm GPS – RM 1,199

Apple Watch SE 44mm GPS – RM 1,299

Apple Watch SE 40mm GPS + Selular- RM 1,399

Apple Watch SE 8 44mm GPS + Selular- RM 1,499

Apple Watch SE juga ditawarkan secara rasmi mulai 15 Oktober .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.