Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Smart Band 7 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 299

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan jam kecergasan Xiaomi Smart Band 7 Pro dengan harga jualan RM 299.

Xiaomi Smart Band 7 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.64-inci dengan resolusi 486×280 piksel dan kadar kecerahan maksima 500 nits.

Selain itu, Xiaomi Smart Band 7 Pro juga mempunyai pelbagai metrik kesihatan seperti kadar degupan jantung, SpO2 dan lebih dari 110 mod sukan.

Xiaomi Smart Band 7 Pro juga tampil dengan pensijilan kalis air 5ATM, sistem GNSS dan boleh digunakan bersama peranti Android atau iOS.

Xiaomi Smart Band 7 Pro akan ditawarkan pada harga RM 299 mulai 5 Oktober ini namun ianya akan ditawarkan pada harga istimewa RM 279 dari 5 hingga 9 Oktober.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.