Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 Oktober ini – Harga RM 599

Honor X6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 Oktober ini - Harga RM 599 7

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan Honor X6 akan ditawarkan untuk pembelian mulai 7 Oktober ini pada harga RM 599 sahaja.

Selepas melancarkan HONOR X9, X8 dan X7 pada Mac lalu, HONOR kini telah memperkenalkan model terbaharu siri X iaitu HONOR X6.

Honor X6 hadir dengan skrin paparan TFT-LCD berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD+, cip pemprosesan octa-core daripada MediaTek, 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

 

Honor X6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 Oktober ini - Harga RM 599 8

Selain itu, Honor X6 juga memiliki sensor utama 50MP bersama sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 5MP.

Seterusnya, Honor X6 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W, antaramuka Magic UI 6.1, sensor capjari pada butang sisi dan Bluetooth 5.1.

Honor X6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 Oktober ini - Harga RM 599 9

HONOR X6 akan ditawarkan dalam dua warna iaitu Titanium Silver dan Ocean Blue pada harga  RM599.

Layari laman web HIHONOR.COM atau kunjungi kedai HONOR yang terdekat untuk mendapatkan HONOR X6 mulai 7 Oktober ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.