Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 14 Pro setakat ditempat kedua ujian kamera DxOMark

Apple iPhone 14 Pro setakat ditempat kedua ujian kamera DxOMark 1

Apple iPhone 14 Pro setakat ditempat kedua ujian kamera DxOMark 2

Apple iPhone 14 Pro dan Apple iPhone 14 Pro Max tampil dengan sistem kamera yang sama yang menampilkan sensor utama 48MP.

Telefon pintar ini telah melalui ujian kamera DxOMark dan Apple iPhone 14 Pro telah memperoleh 146 mata yang meletakkanya ditempat kedua dibelakang Honor Magic4 Ultimate yang berada ditempat pertama dengan 147 mata.

Apple iPhone 14 Pro setakat ditempat kedua ujian kamera DxOMark 3

Apple iPhone 14 Pro telah memperoleh 143 mata bagi gambar dengan mata tertinggi untuk bokeh (80 mata) dan warna (119 mata).

Selain itu, Apple iPhone 14 Pro juga memperoleh mata yang tertinggi bagi pengambilan video iaitu 149 mata dengan mata tertinggi bagi kebanyakan aspek videografi yang telah diuji.

Dalam pada itu, DxOMark juga telah mengesahkan bahawa iPhone 14 Pro Max juga memiliki skrin paparan terbaik yang pernah diuji oleh mereka.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.