Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi akan melancarkan tablet Redmi Pad pada 4 Oktober ini

Xiaomi telah mengesahkan pelancaran Xiaomi 12T Series yang akan menyaksikan syarikat ini melancarkan telefon pintar pertama mereka dengan sensor 200MP.

Selain itu, Xiaomi juga telah mengesahkan secara rasmi bahawa tablet Redmi Pad juga akan dilancarkan pada hari yang sama namun didalam acara yang berlainan.

Walaupun tidak mendedahkan spesifikasi tablet ini, Redmi Pad akan hadir dengan skrin paparan 90Hz LCD berukuran 10.91-inci, cip MediaTek Helio G99, 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan antaramuka MIUI yang berasaskan Android 12.

Selain itu, Redmi Pad juga mempunyai 4 pembesar suara Dolby Atmos, kamera 8MP dan bateri berkapasiti 8,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Xiaomi Redmi Pad akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Graphite Gray, Moonlight Silver, dan Mint Green.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.