Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip4 – 33% lebih kapasiti bateri pada rangka yang sama


Cakap sahaja memgenai telefon pintar foldable, pasti ramai yang terpersona dengan inovasi dunia teknologi yang telah menjadikan telefon pintar dengan skrin boleh lipat satu realiti yang boleh anda miliki.

Samsung boleh dikategorikan sebagai perintis didalam pasaran telefon pintar foldable iaitu melalui Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4.

Rekaan telefon pintar seperti Samsung Galaxy Z Flip adalah sangat rumit dimana ruang untuk komponen penting adalah sangat terhad dan ini menyebabkan telefon pintar seperti ini tampil dengan kapasiti bateri yang agak terhad.

Walaubagaimanapun, inovasi berterusan daripada Samsung telah membolehkan Samsung Galaxy Z Flip4 tampil dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding generasi sebelum ini iaitu sebanyak 33%.

Apa yang lebih mengagumkan adalah Samsung berjaya menyertakan bateri yang lebih besar tanpa sebarang perbezaan pada ukuran dimensi telefon pintar (berbanding Galaxy Z Flip3) ini malah telah berjaya menjadikanya lebih kompak dan lebih nipis dengan penambahan berat sekitar 3 gram sahaja.

Bateri Samsung Galaxy Z Flip4 adalah berkapasiti 3,700mAh dan Samsung juga telah menawarkan sokongan pengecasan pantas 25W yang membolehkan peranti dicaj ke tahap 55% didalam masa 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit.

Selain itu, penggunaan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang lebih cekap tenaga juga akan memastikan jangka hayat bateri pada Samsung Galaxy Z Flip4 dijangka adalah lebih baik berbanding sebelum ini.

Samsung Galaxy Z Flip4 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,099.

Untuk mengetahui potensi penuh Samsung Galaxy Z Flip4 , baca ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 – telefon pintar flip yang lebih sempurna

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.