Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Civi 2 kini rasmi dengan rekaan skrin seperti iPhone 14 Pro


Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Xiaomi Civi 2 yang merupakan model pertama Xiaomi yang dilengkapi dua lampu flash led dihadapan.

Xiaomi Civi 2 memiliki skrin paparan FHD+ berukuran 6.55-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Panel ini juga menyokong HDR10+, Dolby Vision dan liputan penuh DCI-P3.

Selain itu, Xiaomi Civi 2 juga dilengkapi cip Snapdragon 7 Gen 1, dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB dengan storan dalaman sehingga 256GB.

Beralih ke bahagian kamera, Xiaomi Civi 2 memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766, sensor ultrawide 20MP dengan 115° FoV dan sensor 2MP. Kamera selfie telefon pintar ini juga tidak kurang hebatnya dimana ianya memiliki dua sensor 32MP pada reka bentuk pil ditengah yang mirip Dynamic Island .

Selain itu, Xiaomi Civi 2 turut memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W, sokongan 5G , Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan NFC.

Xiaomi Civi 2 kini ditawarkan di China didalam 4 pilihan warna iaitu White, Pink, Blue, dan Black pada harga dari CNY 2,399 (RM 1,534).

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.