Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 15 Ultra dengan sokongan USB-C mungkin dilancarkan pada tahun 2023

Apple iPhone 14 Series mungkin hanya beberapa minggu dipasaran, namun laporan terbaru daripada Bloomberg mendakwa syarikat ini mungkin melancarkan iPhone 15 Ultra sebagai pengganti kepada iPhone 14 Pro Max pada tahun 2023.

Mark Gurman dari Bloomberg melaporkan bahawa Apple akan memperkenalkan rekaan baharu pada generasi akan datang yang termasuk penggunaan slot USB-C dan terdapat kemungkinan untuk menggubah nama model iPhone ini.

Penggunaan nama Ultra pada model paling premium mungkin mengikut jejak langkah penamaan produk premium Apple yang termasuk Apple Watch Ultra dan cip M1 Ultra.

Setakat ini, maklumat mengenai Apple iPhone 15 masih terhad namun ianya dijangka akan tampil dengan slot USB-C manakala Dynamic Island pula akan diwarisi oleh semua model iPhone 15.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.