Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A17 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja

OPPO secara rasminya telah msngumumkan model terbaru didalam OPPO A Series iaitu OPPO A17 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja.

OPPO A17 hadir dengan reka bentuk Ultra-Slim Retro yang memberikan telefon pintar ini penampilan yang premium dan trendy dengan dua pilihan warna iaitu Lake Blue dan Midnight Black.

Bercakap mengenai spesifikasi, OPPO A17 memiliki skrin paparan HD+ berukuran 6.56-inci dengan kadar segar semula 60Hz dan memiliki gamut warna DCI-P3 100%.

Selain itu, OPPO A17 dijana dengan cip MediaTek Helio G35, 4GB RAM + 4GB RAM Expansion, 64GB storan dalaman dan antaramuka ColorOS 12.1.

Beralih ke kamera, OPPO A17 memiliki sensor utama 50MP bersama satu sensor 2MP dan kamera selfie 5MP. OPPO juga menyertakan 360° Fill Light, Portrait Retouching dan HDR untuk fotografi yang lebih baik.

Seterusnya, OPPO A17 memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang mampu menawarkan jangka hayat bateri yang baik.

OPPO A17 kini ditawarkan pada harga RM 599 dan anda boleh membelinya di semua stor My OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai rasmi OPPO, stor rasmi OPPO di Shopee dan Lazada

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.