Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp sedang menguji ciri menyunting mesej yang dihantar


Aplikasi permesejan WhatsApp yang dimiliki Meta telah memperkenalkan banyak ciri baharu yang memastikanya kekal relevan dan popular dikalangan pengguna telefon pintar global.

Terbaru, WhatsApp dilihat sedang menguji ciri menyunting (edit) mesej yang telah dihantar tanpa perlu memadam mesej yang telah dihantar.

Laporan daripada wabetainfo menyebut bahawa versi beta aplikasi WhatsApp versi 2.22.20.12 tampil dengan ciri suntingan mesej namun tiada maklumat mengenai jangka masa yang diberikan untuk anda menyunting mesej yang telah dihantar.

Ciri ini kini ditawarkan kepada pengguna beta aplikasi WhatsApp melalui program Google Play Beta.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.