Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K60 dilaporkan akan tampil dengan sistem notifikasi seperti Dynamic Island

Pelancaran ciri Dynamic Island pada Apple iPhone 14 Pro Series pasti akan menjadi antara ciri yang akan kita lihat pada pengguna Android dengan cara implementasi yang mungkin sama atau berbeza.

Laporan terbaru mendedahkan, Xiaomi dilihat akan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan ciri seperti Dynamic Island pada Redmi K60 dan Presiden Xiaomi China iaitu Lu Weibing juga meminta pendapat pengguna Weibo mengenai keperluan ciri ini.

Maklum balas yang diterima adalah bercampur namun pembangun perisian MIUI telah memulakan ujian untuk menawarkan ciri yang sama seperti Dynamic Island untuk kawalan muzik dan banyak ciri lain pada telefon pintar Xiaomi.

sumber

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.