Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Watch5 Pro – jam pintar Android terbaik dipasaran

Bersama Galaxy Z Series 2022, Samsung juga telah memperkenalkan beberapa aksesori dan yang paling mencuri tumpuan adalah generasi baharu jam pintar syarikat ini iaitu Samsung Galaxy Watch5 Series.

Samsung Galaxy Watch5 dan Samsung Galaxy Watch5 Pro adalah taruhan Samsung untuk bersaing dengan Apple dan Samsung Galaxy Watch5 Pro tampil dengan reka bentuk yang lebih premium namun paling mendapat perhatian adalah jangka hayat bateri luar biasa yang dijanjikan pada jam pintar ini.

Samsung Galaxy Watch5 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899 dan ianya tampil didalam ukuran 45mm sahaja.

Reka Bentuk

Samsung Galaxy Watch5 Pro adalah sebuah jam pintar premium pada kategori jam ‘besar’ dengan satu ukuran sahaja iaitu 45mm dan rangka peranti ini diperbuat daripada titanium dengan ketebalan yang tinggi dan menonjol yang mungkin disebahkan penggunaan bateri yang lebih besar.

Selain itu, permukaan skrin Samsung Galaxy Watch5 Pro juga dilapisi gelas sapphire yang lebih kalis calar dan tahan lasak. rangka Samsung Galaxy Watch5 Pro juga lebih tinggi dari skrin dan ini adalah untuk melindungi skrin ketika aktiviti lasak.

Samsung Galaxy Watch5 Pro tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 1.4-inci dan kualiti paparan daripada Samsung adalah antara yang terbaik dipasaran dengan penghasilan warna yang vivid dan kecerahan yang baik pasa semua keadaan.

Selain itu, jam pintar Samsung ini juga tampil dengan tali jam yang sangat lembut yang pastinya mesra kulit walaupun dipakai untuk tempoh yang lama kerana jam pintar kini juga mempunyai banyak ciri yang memerlukanya dipakai ketika tidur.

Seterusnya, Samsung menawarkan Galaxy Watch5 Pro ini didalam dua kemasan iaitu Titanium Black yang tampil dengan rangka dan tali berwarna hitam makanala Titanium Grey pula memiliki rangka didalam warna kelabu manakal tali jam adalah didalam warna beige.

Mengulas lebih lanjut mengenai tali jam Galaxy Watch5 Pro, ianya mempunyai mekanisma D-Buckle yang memudahkan anda melaras ukuran tali mengikut kesesuaian lengan anda.

Secara keseluruhan, jam pintar Samsung Galaxy Watch5 Pro menawarkan pemakaian yang selesa walaupun profil jam pintar ini yang agak tebal.

Ciri-Ciri Samsung Galaxy Watch5 Pro

Samsung Galaxy Watch5 Pro hadir dengan sensor BioActive yang membolehkanya merekod pelbagai metrik kesihatan seperti kadar degupan jantung, ECG, pembakaran kalori dan komposisi badan.

Selain itu,Samsung Galaxy Watch5 Pro ini juga memiliki sensor suhu kulit buat pertama kali pada generasi kali ini namun fungsi masih belum diaktifkan.

Mengkuasakan jam pintar Galaxy Watch5 Pro ini adalah cip dual core Exynos W920 bersama 1.5GB RAM dan 16GB storan dalam yang sama seperti pada generasi sebelum ini.

Bercakap mengenai proses pairing kepada telefon pintar, Samsung Galaxy Watch5 Pro hanya boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui aplikasi Samsung Wearable walaupun ianya adalah jam pintar dengan WearOS daripada Google.

Ketika membuat ulasan, kami juga cuba untuk membuat bacaan ECG dan kadar degupan jantung namun jam pintar memaparkan arahan untuk memuat naik aplikasi tambahan di Samsung store melalui browser (jika anda tidak menggunakan telefon pintar Samsung).

Ini agak merumitkan kerana anda terpaksa memuat naik beberapa ‘plug in’ semata-mata untuk menggunakan ciri kesihatan asas jam pintar ini namun berita baik adalah anda hanya perlu melakukanya sekali.

Selepas itu, kami telah mencuba bacaan heart rate dan ECG pada Samsung Galaxy Watch5 Pro dan ternyata ianya memberikan bacaan yang agak konsisten dengan apa aktiviti yang sedang dilakukan.

Seperti kebanyakan jam pintar lain dipasaran, Samsung Galaxy Watch5 Pro mempunyai pelbagai sokongan aktiviti kecergasan baik secara automatik ataupun manual dan ianya juga merekod jumlah langkah harian anda dengan tepat.

Seterusnya, Samsung Galaxy Watch5 Pro juga mempunyai perekod GPS yang lebih maju sesuai dengan nama pro dimana ianya boleh menyimpan maklumat geografik dakian bukit atau ketika berbasikal didalam format fail GPX.

Balas Mesej WhatsApp terus pada Samsung Galaxy Watch5 Pro

Salah satu kegunaan utama jam pintar adalah mengurangkan interaksi dengan telefon pintar dan memiliki jam pintar dengan ciri yang boleh membalas mesej dari aplikasi seperti WhatsApp adalah salah satu caranya.

Samsung Galaxy Watch5 Pro membolehkan anda membaca dan membalas mesej dari aplikasi WhatsApp tanpa sebarang had kerana anda diberikan papan kekunci penuh untuk membalas apa sahaja yang anda mahu. Ini adalah kelebihan kepada jam pintar ini kerana selain Apple Watch, tidak banyak jam pintar yang menawarkan anda fungsi membalas mesej terus pada jam dengan berkesan dan mudah seperti Samsung Galaxy Watch5 Pro.

Selain itu, penggunaan WearOS juga membolehkan anda mengakses pelbagai koleksi aplikasi di Google Play Store dan tidak aplikasi navigasi popular Google iaitu Google Maps.

Jangka Hayat Bateri Luar Biasa

Salah satu sebab saya kurang berminat untuk memakai jam pintar anda keperluan untuk mengecasnya dengan kerap kerana bateri pada sebuah jam pintar agak sukar untuk melebihi satu hari penggunaan.

Walaubagaimanapun, dengan kapasiti bateri terbesar (590mAh) pada jam pintar Galaxy Watch, Samsung Galaxy Watch5 Pro menjanjikan jangka hayat bateri sehingga 3 hari dan sepanjang ulasan kami, ianya ternyata mampu menawarkan jangka hayat bateri melebihi 2 hari dengan penggunaan purata.

Penutup

Samsung Galaxy Watch5 Pro boleh diletakkan sebagai jam pintar Android terbaik dipasaran dengan ciri kesihatan dan kecergasan yang menyeluruh serta jangka hayat bateri yang tidak dapat dinikmati pada mana-mana jam pintar lain dipasaran.

Jika anda memiliki telefon pintar Samsung dan memerlukan sebuah jam tangan yang melengkapkan pengalaman peranti mudah alih, Samsung Galaxy Watch5 Pro adalah antara pilihan terbaik untuk anda.

Samsung Galaxy Watch5 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.