Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix akan melancarkan telefon pintar gaming mereka di Malaysia

Infinix Mobile, salah satu syarikat telefon pintar yang paling berkembang pesat didunia telah mengumumkan akan melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka di Malaysia tidak lama lagi.

Walaupun tidak mengesahkan model telefon pintar tersebut, Infinix dijangka akan melancarkan Infinix Note 12 yang merupakan sebuah telefon pintar gaming.

Infinix Note 12 hadir dengan cip MediaTek Helio G96, sistem penyejukan grafit, skrin AMOLED berukuran 6.7-inci, 8GB RAM + 5GB Extended RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, Infinix Note 12 akan turut memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W, sensor utama 50MP dan dual speaker DTS serta Monster Game Kit.

Infinix Note 12 dijangka akan ditawarkan di Malaysia pada harga yang amat berpatutan.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.