Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X40 disahkan akan dilancarkan di Malaysia

Honor X40 disahkan akan dilancarkan di Malaysia 3

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor X40 akan memasuki pasaran tempatan didalam waktu terdekat.

Honor X40 telah dilancarkan dipasaran China beberapa hari lalu dan Malaysia mungkin menjadi antara pasaran antarabangsa terawal untuk menerima model ini.

Honor X40 tampil dengan skrin paparan curved AMOLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 800 nits.

Selain itu, Honor X40 dijana dengan cip Snapdragon 695, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Honor X40 hadir dengan sistem dwi kamera yang memiliki sensor utama 50MP dengan aperture f/1.8 bersama satu sensor 2MP. Kamera selfie adalah 8MP dengan aperture f/2.0.

Selain itu, Honor X40 juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 40W, Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.