Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TWS Jabra Elite 5 kini rasmi di Malaysia dengan Hibrid ANC dan 28 jam jangka hayat bateri – harga RM 699

Jabra secara rasminya telah melancarkan TWS terbaru syarikat ini untuk pasaran Malaysia iaitu Jabra Elite 5.

Jabra Elite 5 adalah sebuah earbuds premium yang dikuasakan cip Bluetooth Qualcomm QCC3050 dengan ciri pembatalan bunyi hingar aktif hibrid (ANC).

Jabra Elite 5 dilengkapi pemacu 6mm yang diperhalusi untuk bunyi yang lebih kuat dan ianya juga disertakan dengan 6 mikrofon untuk panggilan yang berkualiti tinggi serta sambungan mudah melalui Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair.

Seterusnya, Jabra Elite 5 menjanjikan jangka hayat bateri sehingga 7 jam dengan satu pengecasan pada earbuds namun ianya boleh dilanjut sehingga 28 jam dengan bekas pengecasan yang turut menyokong pengecasan tanpa wayar Qi.

Dalam pada itu, Jabra Elite 5 juga menyokong kodek Qualcomm aptX Audio, AAC, SBC dan Spotify Tap Playback dengan kerjasama Spotify.

Seperti kebanyakkan TWS Jabra, Jabra Elite 5 juga tampil dengan Google Assistant dan Alexa serta kalis air dan habuk IP55.

Akhir sekali, Jabra Elite 5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 didalam dua pilihan warna iaitu Titanium Black dan Gold Biege.

Jabra Elite 5 kini boleh dibeli melalui penjual terpilih diseluruh negara, stor rasmi Jabra di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.