Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini Apple iOS 16 kini mula ditawarkan kepada pengguna iPhone

Apple secara rasminya telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi Apple iOS 16 kepada pengguna iPhone yang layak susulan pelancaran Apple iPhone 14 Series minggu lalu.

Perubahan terbesar pada iOS 16 adalah pada lockscreen yang akan tampil dengan lebih banyak tetapan khas mengikut citarasa pengguna.

Locksreen

Setiap elemen pada locksreen kini boleh diubah termasuk font, reka bentuk jam, widget dan terdapat juga koleksi wallpaper yang luas ( antaranya adalah Photo Suffle).

Selain itu, notifikasi kini juga telah dipindahkan ke bahagian bawah skrin yang lebih teratur dan tidak menghalang subjek pada wallpaper.

Dalam pada itu, lockscreen pada iOS 16 juga akan tampil dengan ciri Live Activites yang akan memberikan anda maklumat langsung seperti permainan sukan, penghantaran makanan dan banyak lagi.

Seterusnya adalah Focus, ianya kini dipanjangkan kepada locksreen dimana anda boleh menetapkan beberapa lockscreen mengikut Focus yang dipilih.

Selain itu, peratusan caj bateri kini boleh ditetapkan untuk dipaparkan terus pada bahagian ikon bateri tanpa perlu melihatnya dibahagian control center.

Message

Aplikasi message pada iOS 16 juga menawarkan kemudahan untuk anda menyunting mesej yang telah dihantar, memadam mesej “Undo Send” dan menanda mesej sebagai belum dibaca.

Satu lagi elemen yang ditambah baik adalah Dictation iaitu teks menggunakan suara yang akan sentiasa memaparkan papan kekunci dan terdapat ciri auto emoji dan tanda baca automatik.

Selain itu, Live Text yang dikenalkan pada generasi sebelum ini juga telah ditambah baik dimana anda kini juga boleh mengambil teks daripada video.

Apple Pay Later

Apple kini menawarkan ciri pembayaran Apple Pay Later yang membolehkan anda membuat pembayaran bagi pembelian melalui Apple Pay secara ansuran tanpa sebarang faedah atau kos tambahan namun untuk tempoh 6 minggu sahaja.

Lain-lain ciri yang telah ditambah baik adalah Share Play, Apple Car Play dan Apple Maps baharu yang akan ditawarkan di 11 lagi negara.

iOS 16 kini ditawarkan kepada pengguna iPhone 8 dan ke atas yang termasuk Apple iPhone SE (Generasi ke-2).

Berikut adalah senarai penuh model iPhone yang kemaskini menerima iOS 16 :

Apple iPhone 8

Apple iPhone 8 Plus

Apple iPhone X

Apple iPhone XR

Apple iPhone Xs Max

Apple iPhone Xs

Apple iPhone 11 Pro Max

Apple iPhone 11 Pro

Apple iPhone 11

Apple iPhone 12 Pro Max

Apple iPhone 12 Pro

Apple iPhone 12 Mini

Apple iPhone 12

Apple iPhone 13 Pro Max

Apple iPhone 13 Pro

Apple iPhone 13 Mini

Apple iPhone 13

Apple iPhone 14

Apple iPhone 14 Plus

Apple iPhone 14 Pro

Apple iPhone 14 Pro Max

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.