Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia Stream – kipas penyejuk yang mengubah Xperia 1 IV sebagai gaming phone

Sony Xperia Stream - kipas penyejuk yang mengubah Xperia 1 IV sebagai gaming phone 3
Sony telah melancarkan Xperia Stream, case penyejuk untuk telefon pintar Xperia 1 IV yang juga berfungsi sebagai peranti penstriman.

Sony Xperia Stream memberikan anda tambahan slot HDMI bersaiz penuh, slot USB-C, port LAN dan bicu audio 3.5mm namun tiada sebarang butang trigger untuk gaming disertakan.

slot HDMI yang ditawarkan ini membolehkan menggunakan paparan tambahan seperti monitor dan ianya menyokong output 1080p pada kadar 120Hz.

Selain itu, kipas penyejuk juga boleh di program mengikut kesesuaian menggunakan Game enhancer.

Sony Xperia Stream kini ditawarkan dipasaran Jepun pada harga ¥ 23,100 (RM 732)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.