Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ujian AnTuTu Apple iPhone 14 Pro Series buktikan prestasi luar biasa cip A16 Bionic

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dengan cip A16 Bionic telah melalui ujian prestasi AnTuTu dan berdasarkan mata yang diperoleh, Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max menawarkan peningkatan prestasi yang drastik berbanding cip A15 Bionic pada iPhone 13 Series.

Apple iPhone 14 Pro memperoleh 978,147, mata manakala iPhone 14 Pro Max memperoleh 972,936 mata.

Berdasarkan ini, dapat dirumuskan bahawa cip Apple A16 Bionic yang digunakan pada Apple iPhone 14 Pro Series menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 17% manakala prestasi GPU adalah 28% berbanding iPhone 13 Pro Series.

Walaubagaimanapun, harus diambil kira bahawa iPhone 14 Pro Series ini adalah versi yang mempunyai storan 1TB yang mempunyai sedikit kelebihan berbanding kapasiti yang lain namun tidak dapat dinafikan prestasi A16 Bionic adalah lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

Jika dibandingkan dengan mata AnTuTu yang diperoleh gergasi Android yang lain, Asus ROG Phone 6 dengan cip Snapdragon 8+ Gen memperoleh 1 110,172 mata.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.