Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X40 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 15 September ini

Honor X40 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 15 September ini 3

Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor X40 Series akan dilancarkan di China pada 15 September ini dan ianya adalah ulang tahun ke-9 Honor X Series.

Honor X40 akan tampil dengan reka bentuk modul kamera bulat yang hampir sama seperti Honor Magic4 Pro dan gambar terbaru di Weibo juga telah memberikan kita gambaran yang lebih jelas tentang reka bentuk telefon pintar ini.

Selain itu, Honor X40 juga akan tampil dengan reka bentuk skrin yang melengkung pada kedua-dua sisi serta lubang punch-hole ditengah.

Dalam pada itu, Honor juga telah mengesahkan tablet Honor X8 dan komputer riba Honor MagicBook V14 akan dilancarkan bersama Honor X40 pada 15 September ini.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.