Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kapasiti Bateri Apple iPhone 14 Series telah didedahkan


Selain kapasiti RAM, Apple juga tidak akan mendedahkan maklumat bateri bagi iPhone keluaran mereka.

Tahun ini Apple berkata semua model Apple iPhone 14 Series menjanjikan jangka hayat bateri sepanjang hari dan laporan terbaru MacRumors mendedahkan bahawa kesemua iPhone 14 Series tampil dengan kapasiti bateri yang lebih besar kecuali pada iPhone 14 Pro Max.

Berikut adalah kapasiti bateri Apple iPhone 14 Series

  • Apple iPhone 14 – 3,279 mAh
  • Apple iPhone 14 Plus – 4,325 mAh
  • Apple iPhone 14 Pro – 3,200 mAh (iPhone 13 Pro 3,095mAh)
  • Apple iPhone 14 Pro Max – 4,323 mAh (iPhone 13 Pro Max 4,352mAh)

Pendedahan kapasiti bateri iPhone 14 Series ini membuktikan bahawa dakwaan Apple mengenai iPhone 14 Plus sebagai iPhone dengan jangka hayat bateri terbaik didalam sejarah syarikat ini adalah benar kerana bateri yang dimilikinya adalah yang terbesar.

Walaupun tampil dengan kapasiti bateri yang lebih kecil, Apple iPhone 14 Pro Max didakwa mampu menawarkan tambahan satu jam penggunaan berbanding iPhone 13 Pro Max dan ianya adalah sesuatu yang mengagumkan kerana model ini turut disertakan dengan ciri Always-On dan sistem kamera yang lebih berkuasa.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.