Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco M5 dan Poco M5s telah dilancarkan secara rasmi – harga dari RM 841

Poco M5 dan Poco M5s telah dilancarkan secara rasmi - harga dari RM 841 1

Poco M5 dan Poco M5s telah dilancarkan secara rasmi - harga dari RM 841 2

Poco secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Poco M5 Series yang terdiri daripada dua model iaitu Poco M5 dan Poco M5s

Poco M5 dan Poco M5s telah dilancarkan secara rasmi - harga dari RM 841 3

Poco M5

Poco M5 memiliki skrin paparan LCD berukuran 6.58-inci yang menyokong kadar segar semula 90Hz bersama teknologi DynamicSwitch.

Poco M5 hadir dengan cip 6nm MediaTek Helio G99 yang didakwa sebagai cip 4G paling berkuasa pada tahun 2022,  4GB RAM atau 6GB jenis LPDDR4X dan storan dalaman 64GB/128GB UFS 2.2 serta mod Game Turbo 5.0.

Beralih kepada kamera, Poco M5 memiliki sensor utama 50MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP.

Poco M5 memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan penuh boleh dicapai didalam masa kurang 2 jam melalui pengecasan pantas 18W.

Poco M5 juga memiliki bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.3 dan NFC.

Poco M5 akan ditawarkan pada harga dari €189 (RM 841).

Poco M5 dan Poco M5s telah dilancarkan secara rasmi - harga dari RM 841 4

Poco M5s

Poco M5s hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED DotDisplay berukuran 6.43-inci, bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W Fast Charging, Dual-speaker dan pensijilan IP53.

Poco M5s juga menampilkan kamera utama 64MP, sensor ultrawide 118°, sensor telemakro 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Poco M5s juga hadir dengan pemproses MediaTek Helio G95 yang dipadankan dengan 4 atau 6GB RAM manakala storan dalaman adalah 64/128GB jenis UFS 2.2 WriteBooster.

Poco M5s juga memiliki Z-axis linear motor, IR Blaster, DC Dimming, bicu audio 3.5mm dan slot microSD yang menyokong storan tambahan sehingga 1TB.

Poco M5s akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Grey, White dan Blue pada harga dari €209 (RM 903).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.