Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acara pop-up OnePlus 10T 5G akan diadakan di Malaysia tidak lama lagi

Acara pop-up OnePlus 10T 5G akan diadakan di Malaysia tidak lama lagi 5

Telefon pintar terbaru OnePlus iaitu OnePlus 10T 5G telah mula ditawarkan di Malaysia sejak 1 September yang lalu dan sambutan yang diterima telefon pintar tidak kurang hebatnya.

Terbaru, OnePlus telah mengesahkan akan mengadakan acara pop-up OnePlus 10T 5G di Malaysia tidak lama lagi.

Acara pop-up OnePlus 10T 5G ini akan membolehkan anda mengalami sendiri kehebatan telefon pintar ini dan terdapat juga tawaran-tawaran menarik yang akan ditawarkan di acara ini.

Acara pop-up OnePlus 10T 5G akan diadakan di Malaysia tidak lama lagi 6

Bagi yang berminat, OnePlus 10T 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,199 dan pembelian telefon pintar ini mulai hari ini sehingga 9 September 2022, anda akan menikmati ganjaran bernilai sehingga RM 697 yang termasuk 1 tahun lanjutan waranti, 1 tahun pelan perlindungan skrin dan 1 tahun liputan waranti tambahan.

Bukan itu sahaja, OnePlus juga menawarkan promosi PWP yang membolehkan anda mendapatkan OnePlus Nord Buds pada harga RM 199 sahaja dan barangan OnePlus secara percuma.

OnePlus 10T 5G kini boleh dibeli melalui stor rasmi OnePlus di ShopeeLazada dan wakil penjual sah rasmi pada harga RM 3,199.

Anda boleh baca ULASAN: OnePlus 10T 5G – Prestasi Flagship Snapdragon 8+ Gen 1 dan pengecasan 150W terbaik dipasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.