Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) tidak akan menerima kemaskini Android 13 pada tahun ini

Telefon pintar pertama Nothing iaitu Nothing Phone (1) telah dilancarkan bulan lalu dan ianya tampil dengan sistem operasi NothingOS yang berasaskan Android 12.

Dalam pada itu, Android 13 telah mula ditawarkan secara rasmi namun Nothing Phone (1) dilaporkan hanya akan menerima kemaskini generasi baharu Android ini pada pertengahan pertama tahun 2023.

Nothing mendakwa bahawa ianya akan memperbaiki sistem operasi NothingOS ini secara berkala untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan syarikat ini mahu memastikan integrasi NothingOS dan Android 13 adalah sempurna sebelum ianya ditawarkan kepada pengguna Nothing Phone (1).

Untuk rekod, Nothing telah menyatakan komitmen untuk menawarkan 3 kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini Android bagi Nothing Phone (1).

Nothing Phone (1) kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,399.

Sumber

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.