Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Pad X dilancarkan di Malaysia – skrin 2K dan Snapdragon 695 – harga dari RM 1,699

realme Pad X kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan tablet premium syarikat ini akan ditawarkan pada harga RM 1,699

realme Pad X hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.95-inci dengan resolusi 2000x1200px (2K) yang mempunyai nisbah 5:3 dan kadar kecerahan maksima 450nits. realme Pad X ini juga hadir dengan sokongan stylus dan papan kekunci yang dijual berasingan.

Selain itu, realme Pad X dijana dengan cip Snapdragon 695 5G, 6GB RAM  dan storan dalaman 128GB. Storan juga boleh ditambah dengan menggunakan slot microSD.

Beralih kepada kamera, tablet ini memiliki satu sensor 13MP dan satu sensor hadapan 8MP yang merupakan sensor wide-angle 105⁰ dengan ciri Limelight seperti Centrestage pada peranti Apple.

Selain itu, realme Pad X juga memiliki bateri berkapasiti 8,340mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W DartCharge namun masih mengekalkan profil yang nipis iaitu hanya 7.1mm dengan berat 499 gram.

realme Pad X juga hadir dengan sistem quad speaker Dolby Atmos, antaramuka realme UI 3.0 for Pad, Multi-Screen Collaboration yang disokong beberapa model telefon pintar realme dan 4 pembesar suara Dolby Atmos.

realme Pad X akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Glacier blue, dan Glowing grey pada harga RM 1,699 namun boleh dimiliki pada harga RM 1,399 pada 23 hingga 25 Ogos secara eksklusif di Shopee dan ianya akan turut menerima 1 tahun lanjutan waranrti. (Terhad untuk 300 unit sahaja).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.