Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI FreeBuds Pro 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos ini

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa HUAWEI FreeBuds Pro 2 akan di lancarkan di Malaysia pada 25 Ogos ini.

TWS flagship terbaru HUAWEI ini dibangunkan bersama dengan jenama audio Devialet, HUAWEI FreeBuds Pro 2 dilancarkan sebagai penanda aras baru bagi fon telinga True Wireless Stereo (TWS) dengan ciri pintar yang dipertingkatkan untuk pengalaman audio yang lebih tinggi.

Selaras dengan komitmen dan falsafah inovasinya, HUAWEI telah melancarkan fon telinga TWS terbaru ini pada 27 Julai 2022, di Pelancaran HUAWEI Smart Office Asia-Pasifik 2022 di Bangkok.

HUAWEI FreeBuds 2 Pro terbaharu menampilkan empat mikrofon pada setiap sisi dengan tiga mikrofon berfungsi untuk membatalkan bunyi hingar manakala mikrofon selebihnya digunakan untuk panggilan suara.

Teknologi ‘Intelligent Dynamic ANC 2.0’ yang dimiliki HUAWEI FreeBuds 2 Pro juga berfungsi mengenal pasti dengan tepat persekitaran bunyi luaran dan memilih mod pembatalan hingar yang sesuai yang menghilangkan gangguan bunyi untuk pendengaran yang selesa.

Dilengkapi dengan sistem bunyi tulen Ultra-Hearing Dual-Driver, yang didatangkan dalam dua unit bunyi berkuasa terbina dalam dan digabungkan dengan kerjasama pintar teknologi dwi-crossover digital, memberikan bass yang lebih baik dan kualiti bunyi yang baik.

Berikut adalah ciri-ciri utama HUAWEI FreeBuds Pro 2 :

– Dual-Speaker True Sound

– Pure Voice

– Intelligent ANC 2.0

– pemacu dinamik Quad-magnet

– Ciri dual device connection

– IP54

– Sehingga 30 jam waktu pendengaran

Harga jualan HUAWEI FreeBuds 2 Pro akan diumumkan esok.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.