Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO ColorOS 13 yang berasaskan Android 13 akan dilancarkan pada 18 Ogos ini

OPPO secara rasminya telah mengesahkan pelancaran ColorOS 13 akan berlangsung pada 18 Ogos ini.

ColorOS 13 merupakan antara sistem operasi pertama dipasaran yang berasaskan Android 13 dan OPPO juga telah mengesahkan OPPO Find X5 Series dan OPPO Find N akan menjadi antara peranti pertama dipasaran untuk menerima kemaskini beta Android 13.

OPPO ColorOS 13 disepadukan dengan pelbagai ciri keselamatan dan privasi asas Android 13, serta menyediakan ciri tetapan yang serupa dengan Google Material You .

ColorOS 13 termasuk pelbagai ciri pintar baharu yang dibangunkan oleh OPPO yang disesuaikan untuk memberikan pengalaman terbaik pada paparan besar, menyediakan kesalinghubungan yang lancar antara berbilang peranti dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Pelancaran OPPO ColorOS 13 boleh disaksikan secara langsung pada 18 Ogos ini bermula jam 7 malam di YouTube dan Twitter

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.