Xiaomi 12 Lite akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Ogos ini
Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar Xiaomi 12 Lite akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Ogos ini.
Xiaomi 12 Lite akan memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.55-inci dengan kadar segar semula 120Hz dengan ciri AdaptiveSync (60Hz/120Hz), pemproses Snapdragon 778G, 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
Beralih ke bahagian kamera, Xiaomi 12 Lite memiliki sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor 32MP.
Seterusnya, telefon pintar ini memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W Turbo Charging dan adapter pengecasan juga disertakan dalam kotak.
Lain-lain spesifikasi Xiaomi 12 Lite adalah sensor capjari dalam skrin, pembesar suara stereo Dolby Atmos, IR blaster, MIUI 13 yang berasaskan Android 12, Wi-Fi 6 dan NFC.
Selain Xiaomi 12 Lite, Xiaomi Malaysia juga akan memperkenalkan beberapa produk lain untuk pasaran tempatan.