Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro 11 akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,999

HUAWEI MatePad Pro 11 yang diperkenalkan baru-baru ini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia dengan harga dari RM 2,999.

Secara asasnya, HUAWEI MatePad Pro 11 ditawarkan didalam dua versi iaitu versi Snapdragon 888 (versi LTE) yang tampil dengan pengecasan pantas 80W manakala versi Snapdragon 870 (versi WiFi) pula tampil dengan pengecasan pantas 40W sahaja.

Bercakap mengenai skrin, HUAWEI MatePad Pro 11 tampil dengan skrin paparan OLED Real Color HUAWEI FullView berukuran 11-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

HUAWEI MatePad Pro 11 juga merupakan sebuah tablet yang nipis dengan ketebalan 5.9mm dan berat 440gram dan ianya dilengkapi dua kamera dibelakang iaitu 13MP + 8MP ultrawide serta kamera hadapan 16MP yang diutamakan untuk panggilan video.

Dari segi dalaman, HUAWEI MatePad Pro 11 dipadankan dengan 8GB RAM , storan dalaman sehingga 256GB, bateri 8,300mAh dan HarmonyOS 3.0.

Seperti kebanyakkan tablet HUAWEI dipasaran, MatePad Pro 11 juga tampil dengan papan kekunci HUAWEI Smart Keyboard dan sokongan stylus HUAWEI M Pencil generasi kedua.

HUAWEI MatePad Pro 11 akan ditawarkan pada harga RM 2,999 iaitu bagi varian WiFi 8/128GB dan RM 3,699 bagi varian LTE 8/256GB.

Setiap pembelian HUAWEI MatePad Pro 11 juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,400 yang termasuk stylus M-pencil bernilai RM 499, HUAWEI Smart Magnetic Keyboard bernilai RM 799 dan ganjaran HMS.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.