Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan OPPO Pad Air pada harga istimewa RM 899 di Shopee pada 30 Julai ini

Tablet pertama OPPO iaitu OPPO Pad Air telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,099 namun jika anda masih belum membeli tablet ini, anda mungkin ingin tunggu beberapa hari lagi kerana OPPO akan menawarkan OPPO Pad Air pada harga istimewa RM 899 sahaja di Shopee.

Jualan istimewa satu hari ini akan berlangsung pada 30 Julai ini secara eksklusif melalui stor rasmi OPPO di Shopee dan ianya adalah bagi versi 4/64GB yang mempunyai harga runcit RM 1,099.

OPPO Pad Air hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 10.36-inci dengan resolusi 2K+ (2000×1200 piksel) dan kadar segar semula 60Hz.

Selain itu, OPPO Pad Air juga dilengkapi 4 pembesar suara Dolby Atmos untuk pengalaman multimedia yang imersif dan ianya mempunyai berat sekitar 440gram sahaja.

Selain itu, OPPO Pad Air juga dilengkapi cip Snapdragon 680, 4GB RAM (Extended RAM sehingga 3GB), storan dalaman 64GB atau 128GB dan antaramuka ColorOS for Pad yang berasaskan Android 12.

Seterusnya, OPPO Pad Air juga mempunyai satu kamera belakang 8MP berserta kamera hadapan 5MP untuk panggilan video atau selfie.

OPPO Pad Air juga memiliki bateri berkapasiti 7,100mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Beli OPPO Pad Air pada harga RM 899 di Shopee (30 Julai 2022).

Baca ULASAN: OPPO Pad Air – Tablet pertama OPPO dengan skrin 2K+ dan reka bentuk premium

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.