Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple lantik bekas pekerja Lamborghini untuk mereka bentuk kereta elektrik pertama syarikat

Bekas eksekutif Lamborghini iaitu Luigi Taraborelli dilaporkan telah menyertai Apple untuk bersama didalam projek pembangunan kereta elektrik pertama syarikat ini.

Mark Gurman melaporkan bahawa Luigi Taraborrelli telah berkhidmat selama 20 tahun di Lamborghini dan beliau akan mengetuai aspek reka bentuk kenderaan eletrik pertama Apple ini.

Apple dikatakan telah membangunkan kenderaan elektrik mereka sejak 2014 dan projek ini masih diketahui Kevin Lynch yang turut merupakan ketua bagi pembangunan Apple Watch.

Selain itu, Gurman dan penganalisa Apple iaitu Ming-Chi Kuo mendakwa bahawa proses pengeluaran kereta elektrik Apple akan bermula pada tahun 2025 namun dengan pelbagai cabaran teknikal dan perubahan pengurusan, pelancaran ini mungkin tertunda lagi.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.