Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba premium HUAWEI MateBook 16s kini rasmi di Malaysia- harga RM 6,799

Komputer riba premium HUAWEI MateBook 16s kini rasmi di Malaysia- harga RM 6,799 1

Komputer riba premium HUAWEI MateBook 16s kini rasmi di Malaysia- harga RM 6,799 2

Selain HUAWEI MateBook D16, HUAWEI juga telah memperkenalkan komputer riba premium HUAWEI MateBook 16s dengan harga RM 6,799.

HUAWEI MateBook 16s hadir dengan skrin paparan 2.5K True Colour Touch berukuran 16-inci, pemproses Intel Core i7-12700H, 16GB RAM dan 1TB storan PCle SSD serta grafik Intel Iris Xe Graphics.

Komputer riba premium HUAWEI MateBook 16s kini rasmi di Malaysia- harga RM 6,799 3

HUAWEI MateBook 16s juga memiliki reka bentuk yang sangat nipis, sokongan Super Device, bateri 84Wh dengan pengecasan pantas 90W, sensor capjari pada butang kuasa, touchpad yang diperbuat daripada gelas, pembesar suara surround sound dan kamera web 1080p.

Komputer riba premium HUAWEI MateBook 16s kini rasmi di Malaysia- harga RM 6,799 4

HUAWEI MateBook 16s kini dibuka untuk pra-tempahan mulai 27 Julai hingga 5 Ogos pada harga RM 6,799 dan setiap Pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM 1,700 yang termasuk beg galas HUAWEI bernilai RM 499, perisian Microsoft Office Home & Student 2021 bernilai RM 529 dan HUAWEI Sound Joy bernilai RM 699 secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.