Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MateBook D16 kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 3,699

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan telah memperkenalkan dua model komputer riba terbaru HUAWEI APAC Smart Office Launch 2022 iaitu HUAWEI MateBook D16 dan HUAWEI MateBook 16s.

Kedua-dua komputer riba ini kini ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia dengan harga bermula dari RM 3,699.

HUAWEI MateBook D16

HUAWEI MateBook D16 tampil dengan skrin paparan Eye Comfort HUAWEI FullView berukuran 16-inci iaitu pada rangka komputer riba 15.6-inci dengan berat hanya 1.7kg.

HUAWEI MateBook D16 tampil dengan pemproses berprestasi tinggi Intel Core H-Series Gen-12 iaitu Core i5-12450H dan Core i7-12700H, 8 atau 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Komputer riba ini juga mempunyai papan kekunci 1.5mm, ciri Super Device, kamera web 1080p, bateri berkapasiti 60Wh bersama pengecasan pantas 65W dan ciri HUAWEI Metaline Antenna yang memastikan sambungan WiFi yang lebih stabil dan pantas.

Pra-tempahan HUAWEI MateBook D16 kini dibuka sehingga 5 Ogos 2022 dengan hadiah percuma bernilai RM 1,028 iaitu beg galas HUAWEI bernilai RM 499 dan perisian Microsoft Office Home & Student 2021 bernilai RM 529.

Berikut adalah harga HUAWEI MateBook D 16

HUAWEI MateBook D 16 – i5-12450H 8GB/512GB – RM 3,699

HUAWEI MateBook D 16 – i5-12450H 16GB/512GB – RM 3,999

HUAWEI MateBook D 16 – i7-12700H 16GB/512GB – RM 4,799

Pra-tempah  HUAWEI MateBook D16 di :

* versi 8/512GB tidak ditawarkan di stor HUAWEI Flagship di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.