Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A96 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,199 sahaja

 

OPPO A96 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,199 sahaja 3

OPPO Malaysia telah mengumumkan telefon pintar OPPO A96 yang dilancarkan pada bulan April yang lalu kini ditawarkan pada harga RM 1,199 sahaja.

OPPO A96 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.59-inci yang memiliki kadar segar semula 90Hz yang turut dilengkapi dengan teknologi Adaptive Refresh Rate yang dibangunkan sendiri oleh OPPO.

Beralih ke bahagian dalaman, OPPO A96 dikuasakan dengan cip Snapdragon 680, 8GB RAM + 5GB RAM Expansion dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, OPPO A96 hadir dengan satu sensor utama 50MP yang dipadankan bersama satu sensor bokeh 2MP. Kamera selfie telefon pintar ini adalah sensor 16MP IMX 47.

Dalam pada itu, OPPO A96 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC untuk memberikan anda pengecasan penuh peranti didalam masa 71 minit sahaja.

OPPO A96 ditawarkan didalam dua warna iaitu Starry Pink dan Starry Black dengan pembelian boleh dilakukan di semua My Oppo Space, Kedai-kedai Jenama OPPO, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO, Pengedar-Pengedar Sah OPPO, Kedai-kedai Atas Talian Sah OPPO, Rakan Kongsi Kedai Rangkaian dan Rakan-rakan E-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO A96, sila layari https://www.oppo.com/my/smartphones/series-a/a96-ms/.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.