Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 10T dan OxygenOS 13 akan dilancarkan pada 3 Ogos ini

OnePlus secara rasminya telah mengesahkan satu majlis pelancaran khas pada 3 Ogos ini yang akan diadakan di Gotham Hall, New York.

Majlis pelancaran ini akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan OnePlus 10T dan OxygenOS 13, OnePlus juga menjual tiket ke pelancaran ini dan pembelian tiket akan turut menerima OnePlus Nord Buds dan pelbagai barangan lain.

OnePlus 10T dijangka akan memiliki reka bentuk yang sedikit berbeza apabila dibandingkan dengan OnePlus 10 Pro namun paling ketara adalah penggunaan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Dalam pada itu, OxygenOS 13 pula membawakan penambahbaikan didalam gaming, perhubungan dan banyak lagi namun ia akan tidak akan ditawarkan pada OnePlus 10T dari kotak. (OnePlus 10 Pro adalah yang pertama untuk menerima OxygenOS 13).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.