Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord 2T 5G kini mula dijual di Malaysia pada harga dari RM 1,899

OnePlus Nord 2T 5G kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,899 dengan promosi menarik dari 19 Julai hingga 31 Julai 2022.

OnePlus Nord 2T 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.43-inci yang mempunyai kadar segar semula 90Hz dan panel ini juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 32MP.

OnePlus Nord 2T 5G dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1300, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menyentuh sedikit mengenai kamera, OnePlus Nord 2T 5G akan memiliki sensor utama Sony IMX766 50MP dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dengan EIS dan sensor monokrom 2MP.

Selain itu, OnePlus Nord 2T 5G juga akan mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W dan antaramuka OxygenOS 12.1 yang berasaskan Android 12.

OnePlus Nord 2T 5G akan ditawarkan didalam warna Gray Shadow (12/256GB) pada harga RM 2,099 dan Jade Fog (8/128GB) pada harga RM 1,899versi ini ditawarkan secara eksklusif di Lazada sahaja.

Setiap pembelian OnePlus Nord 2T 5G pada 19 Julai hingga 31 Julai 2022 akan turut menerima OnePlus Nord Buds dan 1 tahun perlindungan skrin.

Tambahan lagi, OnePlus juga menawarkan baucar eksklusif bernilai RM 50 bagi pembelian Nord 2T 5G di Lazada dengan mengimbas kod QR yang kami sertakan dibawah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.